Wednesday, 12 April 2017

Enam Kehebatan ESP Shaklee Yang Perlu anda Tahu





ESP Shaklee bukan sekadar kacang soya biasa akan tetapi produk ini merupakan  yang terbaik berbanding produk soya yang lain di pasaran . Serupa macam baju dekat butik la kan, tentu tak sama dengan baju pasar malam punya. Jadi, memang kita tak leh nak bandingkan harga soya Shaklee dengan soya yang ada di pasaran
Kenapa ESP Shaklee terbaik???



PERTAMA

ESP TERBUKTI BERKESAN MELALUI KAJIAN KLINIKAL SAINTIS SEDUNIA.

Untuk pengetahua ESP bukan produk yang dibancuh sesuka hati dekat rumah, tetapi ia telah menjalani proses tertentu oleh orang- orang yang tertentu. Macam mana dan siapa???
Esp dimajukan oleh para Saintis Shaklee dan oleh Saintis luar Shaklee juga. Hanya Shaklee jer yang berani untuk buat semua ni,produk lain tak ade nya nak bagi orang luar buat kajian ke atas produk mereka.


KEDUA

ESP SHAKLEE MEMPUNYAI 9-ASID AMINO PENTING

Untuk membina sel yang sihat, badan kita memerlukan protein yang bagus dan mencukupi.Unsur protein pula terdiri daripada 21 jenis asid amino.12 daripada asid amino tersebut dinamakan non- essential amino acid dan ia dihasilkan oleh badan kita sendiri, manakala 9 lagi asid amino ialah essential amino acid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita,maknanya kita hanya boleh dapat asid amino tu melalui makanan yang kita makan sahaja. Agak- agak la kan, cukup tak asid amino essential kita untuk sehari- hari. Kalau tak cukup elokla ambik esp ni.


KETIGA

KANDUNGAN GLYCEMIC INDEX (GI) YANG RENDAH

ESP Shaklee mempunyai GI yang rendah. Maknanya ia ditukarkan kepada glukos dan tenaga secara perlahan. Untuk tahu kandungan GI dalam makanan yang kita makan tu tinggi GI atau tak, bila kita makan makanan tu, cepat je kita rasa lapar balik, contohnya kita makan roti canai, roti canai mempunyai GI yang tinggi, jadi ia ditukar dalam bentuk glukos dan tenaga dengan cepat, bila cepat kita akan jadi cepat lapar dan nak makan lagi,makanan yang tinggi GI ni juga tak elok untuk pesakit kencing manis. Ini kerana ia boleh membuatkan gula dalam badan pesakit menjadi tidak stabil.




KEEMPAT

ESP TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL, ASID URIK DAN SANGAT MUDAH DISERAP OLEH BADAN

Sememangnya ESP tidak mempunyai kolestrol kerana ia dihasilkan melalui tumbuhan. Jadi tidak ada masalah yang timbul jika pesakit darah tinggi nak amal ESP kerana ESP Shaklee free kolestrol.
Selain itu, ESP shaklee juga tidak mempunyai Asid Urik kerana asid urik hanya akan datang melalui badan kita sendiri bukannya melalui makanan, jadi tiada masalah bagi pesakit gout untuk mengambil ESP sebagai supplement harian mereka.






KELIMA

ESP DIPROSES PADA SUHU YANG RENDAH AGAR TIDAK MEROSAKKAN PROTEIN


Biar kita ambil contoh, dalam 100 gram daging yang kita makan, mungkin 10 gram protein je yang ada, yang selebihnya akan jadi sia- sia. Kenapa sia-sia???
Kerana protein yang terdapat dalam makanan tadi sudah banyak musnah kerana terdedah kepada aktiviti memasak yang boleh menghilangkan protein tersebut. Berbeza dengan protein yang terdapat dalam ESP Shaklee, ia diproses menggunakan suhu yang paling rendah untuk memastikan protein tersebut tidak hilang dan musnah dengan kuantiti yang banyak. 






KEENAM

ESP SHAKLEE DIPERBUAT DARIPADA KACANG SOYA NON- GMO

NON-GMO ni maknanya yang tidak diubah dari segi genetikya. Zaman sekarang, terdapat banyak tumbuhan yang diubah secara genetik untuk menghasilkan rasa yang sedap atau kuantiti yang banyak dan sebagainya.  Sebagai contoh, kita kacuk buah mangga supaya jadi lebih besar dan rasa lebih manis sampai melekat manisnya dekat tekak. Itu salah satu contoh, banyak lagi contoh lain. Antara produk popular yang diubah secara ginetik ialah buah jambu batu, tembikai dan anggur yang tak ada biji. Memang best kan makan tak ada biji, tapi ia tidak elok untuk kesihatan seharian kita. Risiko bagi kita yang mengambil produk- produk yang GMO ni ialah unsur makanan yang kita makan tersebut bukan lagi seratus peratus semulajadi akan tetapi strukturnya sudah berbeza dan mudah terdedah kepada racun pestisid yang boleh membawa kepada kanser, alergik dan sebagainya.
Tapi, kalau nak betul- betul sihat dan selamat, soya Esp diperbuat dari  bukan GMO, setiap satu tin ESP dihasilkan daripada 30kg soya. Hebat bukan????? Rasanya tak ada syarikat yang nak buat macam ni, satu- satunya yang buat ialah SHAKLEE.




Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang ESP atau vitamin Shaklee yang lain, anda boleh hubungi saya di 

www.whatsapp.my/60148046113



Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.Pembaca disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada yang pakar.

No comments:

Post a Comment

PENGEDAR SHAKLEE LOKASI JERTEH, TERENGGANU.

Saya start makan Shaklee pada 2012 lagi. Disebabkan saya  mengandung anak pertama semasa di Universiti, saya inginkan tubuh badan yang ...