8 MANFAAT DETOKS YANG PERLU ANDA TAHU





Seperti yang diketahui umum, detoks
 merupakan proses untuk mengurangkan toksik yang berlebihan di dalam badan kita. Namun, bagaimana kita ingin mengenalpasti bahawa detoks yang dilakukan adalah benar- benar berkesan. 






Kita boleh mengetahui detoks yang kita lakukan benar- benar berjaya melalui beberapa tanda atau kesan positif yang kita perolehi selepas kita berdetos. Antaranya ialah:




1) PENURUNAN BERAT BADAN

Detoks membantu organ dalaman membakar lemak yang terkumpul di dalam badan.  Toksin yang berlebihan di dalam badan  memberi kesan yang tidak bagus kepada keupayaan semulajadi untuk membakar lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan. Jadi, dengan berdetoks, kita boleh membantu untuk menurunkan berat badan.


2) MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN MASALAH SEMBELIT

Sebahagian daripada sisa daripada tubuh anda seperti makanan yang diproses, kurang serat dan yang telah diperhalusi serta lemak yang tidak sihat boleh menyebabkan ia tersumbat di dalam sistem kolon kita.  Oleh yang demikian, ia menyebabkan berlaku masalah berat susah diturunkan dan kita akan merasa kembung. lebih buruk lagi, ia boleh membawa kepada penyakit kolon. Jadi, melalui detoks, kita dapat membersihkan kolon, melegakan sembelit serta membawa kepada sistem percernaan yang lebih baik.


3) MENINGKATKAN TENAGA

Tubuh kita mempunyai organ yang melakukan detoks secara sendirinya untuk menyingkirkan toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak  bagi menjalankan fungsinya. Apabila kita kurang tenaga, kita akan mudah berasa letih dan lesu kerana badan kita sudah banyak dipenuhi toksin. Melalui detoks, ia akan membantu organ kita menyingkirkan toksin tanpa letih dan badan akan lebih bertenaga.


4)MENGAWAL NAFSU MAKAN

Apabila tubuh kita dibersihkan daripada segala toksin yang tidak baik, dan mengambil makanan yang bernutrisi tinggi, kita akan sentiasa menginginkan makanan yang sihat dan bernutrisi sahaja. 




5)KULIT LEBIH CERAH

Kulit kita membuang toksin melalui berpeluh.  Apabila sistem kelenjar peluh kita dipenuhi toksin, ia akan membawa kepada keadaan kulit yang tidak sihat seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya. Dengan berdetoks, kulit lebih cerah dan jelita sekata.









6) MENGURANGKAN TEKANAN

Apabila tubuh kita dipenuhi toksin minda kita akan mudah mudah untuk berlakunya tekanan. Dengan berdetoks, kita dapat melakukan pembersihan dan penyingkiran toksin daripada badan dan minda sekaligus dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi.





7) MENGUATKAN SISTEM IMUN

Kesan positif seterusnya daripada detoks ialah dapat menguatkan sistem imun kita. Radikal bebas yang wujud pada sekeliling kita boleh membawa kepada kerosakan sel dan mendedahkan kita kepada toksin yang membiak secara bebas sekali. Radikal bebas ini membuatkan sistem imun anda menjadi lemah dan mengakibatkan keradangan. Dengan detoks, kita dapat menghalang radikal bebas dari terus membiak dan sekaligus menguatkan sistem imun kita.


8) TIDUR LEBIH LENA

Toksin yang berlebihan boleh menggangu hormon tidur kita dan kadang kala boleh membawa kepada masalah imsonia. Dengan berdetoks, kita dapat mencorak masa tidur yang terbaik untuk kita sendiri.



BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT???

WHATSAPP

www.whatsapp.my/60148046113

www.whatsapp.my/60148046113

www.whatsapp.my/60148046113


Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.Pembaca disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada yang pakar.

Comments

Popular posts from this blog

Bahana Kencing Manis

ASAL USUL PERKATAAN VITAMIN YANG PERLU ANDA TAHU

TIPS HILANGKAN MORNING SICKNESS IBU HAMIL