Kencing Manis dan Ibu Hamil
Kerap kali sudah setiap kali saya ke klinik ibu dan anak semasa rawatan mengandung dan rawatan susulan untuk anak-anak,saya terdengar keluhan nurse yang merawat ibu hamil yang berisiko pengidap kencing manis yabg sukar disiplin untuk mengambil ujian toleransi glukosa (OGTT) yang lebih dikenali dengan air gula yang manis sampai tak leh lalu di kerongkong agaknya.Saya sendiri tidak pernah melalui OGTT buat setakat ini.Alhamdulillah.... Ujian Toleransi Glukosa (OGTT) dilakukan diantara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan bagi ibu hamil yang disyaki oleh doktor mengidal diabetis gestasi.Diabetis Gestasi merupakan kencing manis yang didapati oleh ibu-ibu sewaktu kehamilan. Selalunya ibu hamil yang mengidap Diabetis Gestasi akan mengalami beberapa perkara berikut: #keletihan #dahaga yang terlampau #membuang air kecil dengan banyak dan kerap #penglihatan menjadi kabur Jika anda mendapati perkara diat...